Bersendirian,
dulu aku tidak merasa apa-apa.
Menginjak dewasa,
terasa sedih bila masih sendirian...
Kosong, sepi...
Aku yakin ada jodoh buatku.
Tapi kadangkala aku rasa,
tidak layak untuk dicinta dan mencintai.
Siapakah gerangannya,
insan yang akan menemaniku,
sepanjang hidup ini?
Berkongsi kisah suka dan duka,
menangis dan ketawa bersama,
sentiasa di sisi bila aku memerlukan...
Segeralah hadir dalam hidupku,
kerana,
bersendirian,
terasa sedih, kosong dan sepi...
Tolonglah,
aku tak mahu sendiri lagi...
Nota : Ditulis pada 12:34 am; 19/07/2007
No comments:
Post a Comment